Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Demam peperiksaan sudah berakhir....huhu~

ASSALAMUALAIKUM...bertemu kita kembali di bawah selimutku ini....opsss!!!! aku sorg je duk bwah selimut nie...u all  guna selimut sendiri..hehe. Hari ni merupakan hari terakhir peperiksaan penggal satu. bagi semua student diorg lega sbb dh luahkan apa yg diorg belajar di atas kertas peksa...betul atau salah tu perkara no.2...Insya ALLAH kalau antum study dan buat ulangkaji mmg xde masalah..skrg ni tawakal jelah pada ALLAH. Semoga berjaya yer~ Time2 gini semua kwn2 sibuk menyemak kertas peperiksaan  subjek masing2...masing2 duk khusyuk di meja masing2...hai kawan2 buatpe tu?????? hehe~ aku pun sibuk jgk tpi dengan kebijaksaan yang ALLAH kurniakan padaku dah upah anak sedara aku yg sedang bercuti utk tolong semak kertas soklan...hehe~ yg penting semua kertas boleh setel cepat dgn mengeluarkan sikit modal...takan itupun nk berkira kan...dateline kena masukkan smua markah ke dlm sistem komputer ialah pada hari Jumaat, 4 Jun jam 3.00 ptg. Mmg nmpk mcm suntuk jer tpi yg penting bagaimana ki

RAPUH - by Opick

Opick - Rapuh   detik waktu terus berjalan berhias gelap dan terang suka dan duka tangis dan tawa tergores bagai lukisan seribu mimpi berjuta sepi hadir bagai teman sejati di antara lelahnya jiwa dalam resah dan air mata kupersembahkan kepadaMu yang terindah dalam hidup meski ku rapuh dalam langkah kadang tak setia kepadaMu namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu dalam dadaku harap hanya diriMu yang bertahta detik waktu terus berlalu semua berakhir padaMu

sambungan.........Hari Murabbi SRAF ~

Boleh dikatakan sambutan hari murabbi tahun ni agak sederhana berbanding tahun lepas....thn lepas acara2 lebih menarik dan amat meriah sekali...apapun syukran jazilan kepada AJK Majlis Sambutan kerana berhempas-pulas untuk buat yang terbaik. Tahun ni guru2 SRAF dapat sejadah sbg hadiah dari PIBG SRAF..klu thn lepas pihak pengurusan sekolah yg bagi sejadah...p/s: haa..kawan2, korang klu solat tu bior khusyuk yer , jgn dok belek je sejadah tu..hehehe~ . Macam biasa sesi menerima hadiah daripada anak2 murid yg paling best...kat sini kita boleh tengok sapa muallim/mah yang paling popular dan sebaliknyer....hehehe jgn marah yer pada muallim/mah yang dapat hadiah sikit tu.  Berdasarkan pemerhatianku sejak mengajar di sini hampir 19 thn...cir-ciri muallim/mah yang paling popular dan paling banyak dpat hadiah ialah....pertama , muallim/mah yang baru...kedua yg muda dan cun...( e'eh..bukan ke aku pun cun jgak kan..hehehe) , ketiga yang lemah lembut kdg2 yg lemah lembik orang nyer....hahahah

SAMBUTAN HARI MURABBI @ SRAF~

tUAN gURU bESAR, mUALLIM kAMARUZAMAN sedang membacakan perutusan Hari Murabbi MUSLEH di hadapan para guru dan murid2. Khusyuk ke antum dengar nie????? Dr Mohamad Azalan selaku Pengerusi PIBG SRAF memberikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Murabbi peringakt SRAF. "Takan bagi ucapan & merasmikan majlis ker Doktor Azalan, hadiah untuk keme ni takde ker"....^_^ Wahhh....punya syg muallim Toran pada Ketua Pelajar  Adeq Mustaqim...time dia baca ucapan Hari Murabbi , muallim pegangkan mikropon utk die....syabas kepada kedua-duanya. ~ Maka bermulalah sesi mengagih2kan hadiah oleh murid-murid kepada muallim dan muallimah yang mengajar mereka....sungguh terharu sekali dengan ingatan yang diberikan~ Amboi...byknya Muallimah Syifaa dapat hadiah dari anak murid dia...sampai tak muat tangan nak memegangnya...meh sini sya tolong masukkan dalam beg palstik  ni..then beg plastik ni sya bawak balik umah...hehehe~

PLEASE READ THIS !!!

MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI... Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepa

HEPI TEACHER DAY~ ^_^

Hmmmm..SEAWAL pagi 16 Mei lagi sya dapat sms brupa ucapan selamat hari guru..MACAM2 kata ucapan yg diberikan...sungguh manis dan bermakna sekali...^_^ ....tima kasih semua..to all my frenz dan ex-student yg menghargai diriku ini... mesej pertama yg kuterima bertype begini.." JIKA KAU INGINKAN SYURGA TAATILAH ALLAH...JIKA KAU INPIKAN SYAFAAT CONTOHILAH RASULULLAH...DAN JIKA KAU MAHUKAN KEBERKATAAN ILMU, ..maka hormatilah guru..kerana dialah yg mengajarmu mengenal  ALLAH DAN RASUL....sesungguhnya ingatan begini amat menghiburkan. ^_^ ...yg mengelikan hati pun ada gak..."INGATKAN campak, rupa2nya jerawat batu, mengajar bagai nak rak, budak buat x tahu, rasa macam nk sepak takut kena serbu, mai sini nak habaq, bukan kata rindu, banyaklah sabaq, kita ni kan cikguuuuuuuu......hehe..tpi antara yg paling istimewa ( yg lain pun spesel gak...)sms yg aku terima dari kak Ida..kawan dan mak kepada bekas anak2 muridku yg kini dia juga menjadi guru di AL AMIN Gombak....MOGA TERUS KUAT N TAB

Perutusan Pengerusi MUSLEH : Sempena Hari Murabbi MUSLEH~

Tema: “Murabbi MUSLEH: Membentuk Akhlak Mulia” بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه وبعد ، Kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi azza wajalla di atas segala inayah wal hidayah wat taufiq-Nya swt ke atas kita semua sehingga kini. Kita amat bersyukur kepada Allah swt dan mendoakan moga-moga perjalanan Majlis ini diberkati-Nya – amiin. Moga-moga Allah swt memberi kita kekuatan iman dan taqwa; dan memudahkan kita menjana generasi rabani berteraskan konsep aqidah at-tauhid melalui pendekatan holistik dan pengurusan professional – amiin.   Sesungguhnya kita amat bersyukur kerana dengan rahmat dan taufiq Allah swt, kita masih lagi dikurniakan kekuatan ruhiyah, jasadiyah dan aqliyah untuk beribadah dan meneruskan perjuangan memperkasa pendidikan islam di dalam masyarakat ke arah memimpin barisan umat Islam, yang melindungi manusia dan alam, berasaskan syariat Islamiyah.   Sesungguhnya medan pendidikan ini adalah suatu medan yan

pERKHEMAHAN tKRSM tAHUN 6 ^_^ - ep4

Salam...disebabkan kesibukan menyiapkan kertas2 soklan exam dan mengemaskini fail2 maka sambungan citer perkhemahan ni terhenti agak lama...alhamdulillah semua soklan dh setel dan tunggu masa jer utk anak2 buah menjawabnya..hehehe~  bersiap-sedia sebelum berangkat Hari kedua perkhemahan.....jeng..jeng..saat yang dinanti2kan juga oleh para peserta...kami semua akan bergerak ke kampung yang terletak di belakang masjid Kota Lama Kiri bagi aktiviti 'My Kampung Day'...Sepanjang perjalanan My Kampung Day para peserta akan melalui lima check point, dimana pada setiap check point akan diberikan tugasan sebelum mereka boleh meneruskan perjalanan...pelbagai reaksi menarik daripada para peserta setiap kali mereka berusaha untuk menyiapkan tugasan....di akhir perjalanan para peserta dikehendaki menghasilkan satu permainan atau peralatan dengan menggunakan bahan terbuang yang mereka jumpai di dalam perjalanan tadi....wahhhh hebat jgak daya kreativi mereka...lihatlah hasilnyer.

SEGENGGAM TABAH ~ by InTeam

 B ertali arus dugaan tiba Menakung sebak airmata Namun tak pernah pun setitis Gugur berderai di pipi Tidak ditempah hidup sengsara Suratan nasib yang melanda Menongkah badai bergelora Diredah bersendirian Bagaikan camar pulang senja Patah sayapnya tetap terbang jua Sekadar secicip rezeki Buat yang sedang rindu menanti Segenggam tabah dipertahankan Buat bekalan di perjalanan Kau bebat luka yang berdarah Kau balut hati yang calar Telah tertulis suratan nasibmu Derita buatmu ada hikmahnya Terlukis senyum di bibir lesu Tak siapa tahu hatimu Biarpun keruh air di hulu Mungkinkah jernih di muara Biarpun jenuh hidup dipalu Pasti bertemu tenangnya

BIHUN BERPERISA & BERBAU BABI !!!

Untuk panduan bersama B e careful of Bihun Cap berikut:   BIHUN CAP KETUPAT   BIHUN CAP LANGSAT   BIHUN CAP KETUPAT   BIHUN CAP CILI   BIHUN CAP CABAI BURUNG   confirm 100% PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM DI MALAYSIA !!   TERHADAP JENAMA-JENAMA KELUARAN KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (TASEK GELUGOR, SEBERANG PRAI)!!   PULAU PINANG – Sebuah kilang memproses bihun dan laksa iaitu  KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. ( Co. No. 365216-T)  yang terletak di :- Lot 1123, Tingkat Selamat 6 Kampung Selamat, Tasek Gelugor Seberang Prai 13300. P.Pinang. Kilang yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi/rumi. Malahan kilang yang mengeluarkan jenama  CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT  dan  CAP CABAI BURUNG  ini  TIDAK PERNAH  mendapat kelulusan logo/cop halal dari  JAKIM . Mal