Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

Memoir of Rabia'atul-Adawiyyah

I bubapa Rabia'atul-Adawiyyah adalah orang miskin. Hinggakan dalam rumah mereka tidak ada minyak untuk memasang lampu dan tidak ada kain untuk membalut badan beliau. Beliau ialah anak yang keempat. Ibunya menyuruh ayahnya meminjam minyak dari jiran. tetapi bapa beliau telah membuat keputusan tidak akan meminta kepada sesiapa kecuali kepada Allah. Bapa itu pun pergilah berpura-pura ke rumah jiran dan perlahan-lahan mengetuk pintu rumah itu agar tidak didengar oleh orang dalam rumah itu. Kemudian dia pun pulang dengan tangan kosong. Katanya orang dalam rumah itu tidak mahu membuka pintu. Pada malam itu si bapa bermimpi yang ia bertemu dengan Nabi. Nabi berkata kepadanya, "Anak perempuanmu yang baru lahir itu adalah seorang yang dikasihi Allah dan akan memimpin banyak orang Islam ke jalan yang benar. Kamu hendaklah pergi berjumpa Amir Basrah dan beri dia sepucuk surat yang bertulis - kamu hendaklah berselawat kepada Nabi seratus kali tiap-tiap malam dan empat ratus kali tiap-tia

Kapal selam Malaysia tak boleh menyelam

p/s:difwrd dari email utk dikongsi bersama Assalamualaikum wrth. Kapal Selam seperti Scorpene ini memerlukan kedalaman tertentu untuk ia menyelam. Sekiranya kedalam air adalah kurang daripada takat minima ini, rule of engagement-nya adalah ia mesti belayar di permukaan. Takat minimum kedalaman air ini jika ana tak silap adalah must be more than 150 feet atau 50 meter, baru ia boleh menyelam. Jika ana tersilap pulak, ia memerlukan at least 150 meter sebelum ia boleh menyelam dan berenang. Kemungkinan besar kedalaman minima adalah 150 feet. 150m adalah agak dalam bagi laut Malaysia. Perairan Malaysia rata2 dalam 150m to 250m sahaja. Dan Scorpene sebagai kapal selam littoral (atau pesisir pantai) ia mesti boleh menyelam di air yg agak cetek. Cumanya untuk menyelam di laut ni tak semudah macam kita nak menyelam. Sistem kapal selam mesti ada acoustic mapping perairan berkaitan, barulah ia boleh "berenang" dan "menyelam" sesuka-hati. Inilah halangan utama. Ana rasa b