Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

Ramadhan A Fully Blessed Month

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka" Sudah 17 hari umat Islam seluruh dunia menyusuri perjalanan Ramadhan....selama 17 hari itu juga sudah pelbagai cubaan dan dugaan...pelbagai asam garam..kerenah dan mehnah..tpi adakah Ramdahan kita kali ini lebih baik dari yang tahun-tahun sebelumnya???? Hanya kita sendiri yang mampu menjawabnya...Kita masih ada 13 hari lagi!!! Maka berusahalah bersungguh-sungguh untuk mengejar hadiah yang disediakan oleh ALLAH SWT untuk kita semua...semOga kita memperOlehi rahmat, keampunan dan kebebasan dari api neraka..Insya ALLAH (^_^)

Lailatul Qadar

Keterangan-keterangan Al-Quran mengenai lailatul Qadar. Allah Taala berfirman:   “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur’an) pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabb mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5) “Sesungguhnya Kami menurunkan pada suatu malam yang diberkahi.”                        (Ad-Dukhan: 3) Dan malam yang mana Al-Quran ditukan padanya berada di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah Ta'ala: “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an.”                     (Al-Baqarah: 185) Ibnu Abbas (radhiya ‘Llahu ‘anhu) berkata: “Allah menurunkan Al-Qur'anul Karim keseluruhannya secara sekaligus dari Lauh Mahfuzdh ke Baitul Izzah (langit pertama) pada malam Lailatul Qadar. Kemudan diturunkan secara berangsur-angsur

YOU ARE MY HERO

Abah.. bukan sehebat Rasulullah... bukan sekaya Abu Bakar As-Siddiq bukan sebijak Luqmanul Hakim bukan sekacak Nabi Yusuf bukan setegas Umar Al Khattab tpi  abah KAULAH SEGALA-GALANYA  bagiku u r my hero abah tempatku menitipkan  kasih & sayang abah pendengar yang baik abah bisa membuat ku ketawa & menangis abah mendidik erti kehidupan abah mengenalkan dosa & pahala segala kepayahan dan kedukaan hidup abah tempuh dengan tenang ::SELAMAT HARI JADI ABAH::

RAMADHAN PENGHULU SEGALA BULAN

Alhamdulillah sekali lagi tahun ini kita diberikan kesempatan untuk berpuasa sekali lagi dalam bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan atau disebut bulan puasa memang dinanti-nantikan kedatangannya kerana ia dikatakan 'penghulu segala bulan'. Dalam bulan inilah semua orang Islam diwajibkan berpuasa, suatu amalan yang amat tinggi nilainya di sisi Allah swt. Kenapa Ramadhan dipanggil 'penghulu segala bulan'? Ini adalah kerana dalam bulan ini Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad saw. Di samping itu dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang digelar 'Lailatul-Qadr'. Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan (83 tahun) malahan lebih lagi. Ini bermakna hanya beramal satu ibadat diberikan pahala seolah-olah mengerjakan ibadat itu selama 83 tahun.  Nabi Muhammad ada menjelaskan "Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan dari seksa neraka." Betapa besar rahmat Allah diber

untuk renungan kita bersama

untuk renungan kita bersama. Insya ALLAH PERINTAH BERPUASA “Hai, orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”. (al-Baqarah:183) Kalimah “                      “ beasal daripada kalimah “                     “ / TULIS . Merupakan satu perintah bertulis, bukan perintah lisan.   Jadi jika diingkari, maka perlu kepada satu hujjah yang boleh dibenarkan sahaja atau diterima oleh si pemberi arahan tersebut. Dalam perintah berpuasa, alasan/hujjah untuk tidak berpuasa hanya di benarkan kepada orang yang bermusafir, orang sakit, orang tua yang tidak berkemampuan, perempuan yang keberatan mengandung dan perempuan yang keberatan menyusukan anak. Itupun dengan syarat   wajib digantikan puasa itu bila ada kelapangan dan kekuatan. Dalam al-Quran ada perintah-perinta lain yang menggunakan kalimah “                 “, seperti;- “Hai, orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qisas berkenaan orang yang dibunuh….