Skip to main content

Perutusan Pengerusi IKRAM-MUSLEH Sempena Hari Murabbi IKRAM-MUSLEH 16hb Mei 2011

Tema: “Murabbi IKRAM-MUSLEH: Pemangkin Dakwah Terbilang”

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه وبعد ،
Kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi azza wajalla di atas segala inayah wal hidayah wat taufiq-Nya swt ke atas kita semua sehingga kini. Kita amat bersyukur kepada Allah swt dan mendoakan moga-moga perjalanan Majlis ini diberkati-Nya – amiin. Moga-moga Allah swt memberi kita kekuatan iman dan taqwa; dan memudahkan kita menjana generasi rabani berteraskan konsep aqidah at-tauhid melalui pendekatan holistik dan pengurusan professional – amiin.

Sesungguhnya kita amat bersyukur kerana dengan rahmat dan taufiq Allah swt, kita masih lagi dikurniakan kekuatan ruhiyah, jasadiyah dan aqliyah untuk beribadah dan meneruskan perjuangan memperkasa pendidikan islam di dalam masyarakat ke arah memimpin barisan umat Islam, yang melindungi manusia dan alam, berasaskan syariat Islamiyah.

Sesungguhnya mengajak (berdakwah) manusia kepada Allah swt adalah satu kemuliaan yang besar …
ô`tBur ß`|¡ômr& Zwöqs% `£JÏiB !%tæyŠ n<Î) «!$# Ÿ@ÏJtãur $[sÎ=»|¹ tA$s%ur ÓÍ_¯RÎ) z`ÏB tûüÏJÎ=ó¡ßJø9$# ÇÌÌÈ  
Fushsilat 33. “dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”

Ganjaran bagi orang-orang yang berdakwah amat besar …

Rasulullah saw pernah bersabda: “Jika Allah swt memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” Riwayat at-Tabrani.

Gejala kemungkaran dan maksiat dalam masyarakat kian meruncing. Amalan jahiliyah di zaman Rasulullah saw kini berulang kembali. Kita saksikan di tanahair kita, sebagai contoh, kes buang bayi semakin menjadi-jadi. Kebanyakan mereka yang didakwa adalah orang melayu. Kita perhatikan biah dalam masyarakat tidak solihah – rangsangan terhadap zina di biar subur, malah peluang melakukan zina tidak ditutup, pendidikan tidak menghasilkan insan yang bertaqwa, keprihatinan ibubapa terhadap pendidikan anak-anak semakin luntur dan impak negatif dunia siber amat besar.

Dalam keadaan seperti ini, masyarakat perlu diselamatkan. Iman mereka perlu dihidupkan. Kita bertanggungjawab mengajak orang lain ke jalan Allah swt dengan cara yang paling efektif dan efisyen ...
äí÷Š$# 4n<Î) È@Î6y y7În/u ÏpyJõ3Ïtø:$$Î/ ÏpsàÏãöqyJø9$#ur ÏpuZ|¡ptø:$# ( Oßgø9Ï»y_ur ÓÉL©9$$Î/ }Ïd ß`|¡ômr& 4 ¨bÎ) y7­/u uqèd ÞOn=ôãr& `yJÎ/ ¨@|Ê `tã ¾Ï&Î#Î6y ( uqèdur ÞOn=ôãr& tûïÏtGôgßJø9$$Î/ ÇÊËÎÈ  

An-Nahl. 125. “serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”.

Kita mulakan langkah berdakwah dengan mengambil berat keadaan mad’u …
عـن أبي حـمـزة أنـس بـن مـالـك رضي الله عـنـه ، خــادم رسـول الله صلى الله عـلـيـه وسـلم،عن النبي صلي الله عـلـيـه وسـلـم قــال : ( لا يـؤمـن احـدكـم  حـتي يـحـب لأخـيـه مــا يـحـبـه لـنـفـسـه ). رواه البخاري [ رقم : 13 ] ، ومسلم [ رقم : 45 ]
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik ra, khadam kepada Rasulullah saw, bersabda Nabi saw : “Tiada beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri”.

Kita bangkitkan iman mereka …
tûïÏ%©!$# tbrãä.õtƒ ©!$# $VJ»uŠÏ% #YŠqãèè%ur 4n?tãur öNÎgÎ/qãZã_ tbr㍤6xÿtGtƒur Îû È,ù=yz ÏNºuq»uK¡¡9$# ÇÚöF{$#ur $uZ­/u $tB |Mø)n=yz #x»yd WxÏÜ»t/ y7oY»ysö6ß $oYÉ)sù z>#xtã Í$¨Z9$# ÇÊÒÊÈ  
Ali-Imran. 191. “(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”

Kita perjelaskan tujuan manusia dan jin diciptakan oleh Allah swt ...

Az-Zaariyat: 56. “Tiadalah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah kepada-Ku”.

Kita ajak mereka beriman kepada Allah swt ...

ÓÍ_tRqããôs? tàÿò2L{ «!$$Î/ x8ÎŽõ°é&ur ¾ÏmÎ/ $tB }§øŠs9 Í< ¾ÏmÎ/ ÖNù=Ïæ O$tRr&ur öNà2qãã÷Šr& n<Î) ̓Íyèø9$# ̍»¤ÿtóø9$# ÇÍËÈ  

Ghafir 42. “Kamu mengajakku supaya aku kufur (tidak percayakan keesaan) Allah dan mempersekutukan-Nya dengan apa yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, padahal aku mengajak kamu beriman kepada Allah yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun?”

Kita ajak mereka istiqomah dalam amal ibadah …

عن أبي عمرو سفيان بن عبدالله الثقفي ، رضي الله عنه قال : قلت : " يا رسول الله ، قل لي في الإسلام قولا ، لا أسأل عنه أحدا غيرك " . قال : ( قل آمنت بالله ، ثم استقم ) رواه مسلم في صحيحه .

Daripada Abi Amru Sufyan ibnu Abdullah As-Tsaqafi ra. berkata. Aku telah berkata: Wahai Rasulullah! Katakanlah kepadaku mengenai Islam, tidak perlu aku bertanya orang lain mengenainya selain engkau? Beliau bersabda: Katakanlah! Aku beriman dengan Allah, kemudiannya hendaklah engkau istiqomah”. Riwayat Muslim.

Kita ajak mereka menghayati Islam sebagai satu cara hidup …
$ygƒr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=äz÷Š$# Îû ÉOù=Åb¡9$# Zp©ù!$Ÿ2 Ÿwur (#qãèÎ6®Ks? ÅVºuqäÜäz Ç`»sÜø¤±9$# 4 ¼çm¯RÎ) öNà6s9 Arßtã ×ûüÎ7B ÇËÉÑÈ  
Al-Baqarah 208. “Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”.

Kita ajak mereka ikhlas dalam setiap amalan …
!$tBur (#ÿrâÉDé& žwÎ) (#rßç6÷èuÏ9 ©!$# tûüÅÁÎ=øƒèC ã&s! tûïÏe$!$# uä!$xÿuZãm (#qßJÉ)ãƒur no4qn=¢Á9$# (#qè?÷sãƒur no4qx.¨9$# 4 y7Ï9ºsŒur ß`ƒÏŠ ÏpyJÍhŠs)ø9$# ÇÎÈ  
Al-Bayyinah 5. “pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan yang demikian itulah ugama yang benar”.

Kita ajak mereka berpegang kepada syariat dalam setiap amalan …
$tBur tb%x. 9`ÏB÷sßJÏ9 Ÿwur >puZÏB÷sãB #sŒÎ) Ó|Ós% ª!$# ÿ¼ã&è!qßuur #·øBr& br& tbqä3tƒ ãNßgs9 äouŽzÏƒø:$# ô`ÏB öNÏd̍øBr& 3 `tBur ÄÈ÷ètƒ ©!$# ¼ã&s!qßuur ôs)sù ¨@|Ê Wx»n=|Ê $YZÎ7B ÇÌÏÈ  
Al-Ahzab 36. “dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”.

Kita ajak mereka beramal bersama-sama dengan orang lain ...
`ä3tFø9ur öNä3YÏiB ×p¨Bé& tbqããôtƒ n<Î) ÎŽösƒø:$# tbrããBù'tƒur Å$rã÷èpRùQ$$Î/ tböqyg÷Ztƒur Ç`tã ̍s3YßJø9$# 4 y7Í´¯»s9'ré&ur ãNèd šcqßsÎ=øÿßJø9$# ÇÊÉÍÈ  
Ali Imran 104. “dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”.

Kita ajak mereka beramal demi mempastikan agama Islam dilaksanakan secara sempurna …
uqèd üÏ%©!$# Ÿ@yör& ¼ã&s!qßu 3yçlù;$$Î/ ÈûïÏŠur Èd,ptø:$# ¼çntÎgôàãÏ9 n?tã ÈûïÏd9$# ¾Ï&Íj#ä. öqs9ur on̍x. tbqä.ÎŽô³ßJø9$# ÇÒÈ  
Saff 9. “Dia-lah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad saw) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”.

Kita ajak mereka beramal untuk mencapai maqasid as-syariah iaitu “Dar’ul mafasid wa jalbul masolih” (menolak kemungkaran dan menggalakkan kemaslahatan).

Bagi tujuan mencapai maqasid as-syariah ini, kita perlu laksanakan apasaja yang diperlukan …
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
Apajua kewajipan yang tidak sempurna melainkan dengannya, maka perkara itu juga adalah wajib. Qaidah Fiqhiyah.

Kita ajak mereka mengambil berat mengenai nasib umat islam …

عن أبـي رقــيـة تمـيم بن أوس الـداري رضي الله عنه ، أن النبي صلى الله عـليه وسـلم قـال :( الـديـن النصيحة ).
قلنا : لمن ؟؟
قال : ( الله ، ولـكـتـابـه ، ولـرسـولـه ، ولأ ئـمـة الـمـسـلـمـيـن وعــامـتهم ) رواه مسلم [ رقم : 55 ]

Kita bersabar dengan sebarang ujian yang menimpa kita dalam usaha dakwah ini …
÷ŽÉ9ô¹$#ur y7|¡øÿtR yìtB tûïÏ%©!$# šcqããôtƒ Næh­/u Ío4rytóø9$$Î/ ÄcÓÅ´yèø9$#ur tbr߃̍ム¼çmygô_ur ( Ÿwur ß÷ès? x8$uZøŠtã öNåk÷]tã ߃̍è? spoYƒÎ Ío4quŠysø9$# $u÷R9$# ( Ÿwur ôìÏÜè? ô`tB $uZù=xÿøîr& ¼çmt7ù=s% `tã $tR̍ø.ÏŒ yìt7¨?$#ur çm1uqyd šc%x.ur ¼çnãøBr& $WÛãèù ÇËÑÈ  
Al-Kahfi 28. “dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”.

Para murabbi sekelian.

Apabila kita melakukan sesuatu kebaikan, kita sewajarnya gembira, berbangga dan mengharapkan keredhoaan Allah swt. Begitu jugalah sebaliknya, jika kita tersilap atau berdosa, kita sewajarnya merasa sedih, takut dengan azab-Nya swt dan berharap kepada keampunan-Nya swt. Inilah ciri-ciri orang yang bersyukur.

Berkat hasil usaha dakwah para murabbi IKRAM-MUSLEH yang cemerlang, maka proses pentarbiahan yang dihasilkan menunjukkan perkembangan yang bersepadu dari sudut aqal, ruhani dan jasad.

Oleh itu, kita amat gembira, berbangga dan bersyukur serta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para murabbi IKRAM-MUSLEH yang telah berjaya menjadi pemangkin dakwah; dengan itu berjaya melahirkan juara-juara di pelbagai peringkat kejohanan yang disertai pelajar-pelajar SRI-SMI. Dalam hal ini, kita rakamkan setinggi-tinggi tahniah khususnya kepada para murabbi yang telah bermujahadah dan berkorban dalam usaha membina dan melahirkan juara-juara tersebut.

Antara program-program utama yang pelajar SRI-SMI IKRAM-MUSLEH telah mengambil bahagian atau laksanakan adalah:
1.      International Islamic University Malaysia (IIUM) Interschool Debating Championship. 2010. Juara Kategori Bahasa Arab. SMI Hidayah JB.
2.      Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar. 2010. Anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia, International Centre for Educational Excellence (ICEE) dan IKRAM-MUSLEH.  Juara Kategori Bahasa Melayu. SMI Hidayah JB. Naib Juara Bahasa Inggeris & Bahasa Arab. SMI Hidayah JB.
3.      Perkhemahan Perdana Kadet Remaja Sekolah (KRS) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-10 2010. Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pertandingan Bantu Mula (Puteri) – Naib Juara. Pertandingan Orienteering (Putera) – Naib Juara. Pertandingan Orienteering (Puteri) – Naib Juara. Pertandingan Kawad Kaki (Putera) – tempat ke-5.
4.      Jamboree Amal Islami 2010. Anjuran Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS). (Putera). Nasyid. Al Amin Bangi – tempat ke-3. Azan. Hira’ Naib Juara. Pidato Bahasa Melayu. Hira’ Naib Juara. Badminton. Beregu: Al-Amin Bangi. Ke-3. (Puteri). Bercerita Nisa'. Hira’ Juara. Tilawah Nisa'. Hira’ Juara. Pidato Nisa'. Hira’ Juara. Hafazan Nisa’. Hira’ Juara. Ping Pong. Single – Hira’ Juara. Beregu – Hira’ Juara. Bola Jaring. Al-Amin Gombak Juara. Keputusan Keseluruhan Jambori Amal Islami – Hira’. Naib Juara.
5.      Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Institusi Pendidikan Agama (IPA) kali pertama Peringkat Kebangsaan 2010. Anjuran Kadet Remaja Sekolah Malaysia. Staf Sarjan Nor Farzanah bt Roslan. Meraih gelaran Peserta Puteri Terbaik Keseluruhan. SMI Al-Amin Bangi. (Puteri). Kontingen SMI Al-Amin Bangi juga telah mendapat tempat ke-3 dalam acara Malam Kebudayaan. 
6.      Kesinambungan Pengajian
Para pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka di SMI telah berjaya melanjutkan pengajian mereka di peringkat institusi pengajian tinggi samada di dalam mahupun di luar Negara; samada dalam bidang akademik mahupun syariah.

Alhamdulillah ... inilah jalan kita ... jalan yang ambil oleh para murabbi IKRAM-MUSLEH dalam profesionnya ... di samping membimbing dan mengasuh anak muridnya menjadi terbilang dalam peperiksaan ...
ö@è% ¾ÍnÉ»yd þÍ?ŠÎ6y (#þqãã÷Šr& n<Î) «!$# 4 4n?tã >ouŽÅÁt/ O$tRr& Ç`tBur ÓÍ_yèt6¨?$# ( z`»ysö6ßur «!$# !$tBur O$tRr& z`ÏB šúüÏ.ÎŽô³ßJø9$# ÇÊÉÑÈ  
Yusuf. 108. “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain”.

Oleh itu, wahai para murabbi sekelian,

Ayuh kita kobarkan semangat juang, mantapkan perancangan dan tingkatkan pengorbanan. Sesungguhnya Allah swt menjadi saksi ke atas setiap amal soleh kita ...
È@è%ur (#qè=yJôã$# uŽz|¡sù ª!$# ö/ä3n=uHxå ¼ã&è!qßuur tbqãZÏB÷sßJø9$#ur ( šcrŠuŽäIyur 4n<Î) ÉOÎ=»tã É=øtóø9$# Íoy»pk¤9$#ur /ä3ã¥Îm7t^ãsù $yJÎ/ ÷LäêZä. tbqè=yJ÷ès? ÇÊÉÎÈ  
At-Taubah. 105. “dan katakanlah (Wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.

Moga-moga Allah swt mengurniakan rahmat-Nya ke atas para murabbi IKRAM-MUSLEH: pemangkin dakwah terbilang – amiin.

Selamat Menyambut Hari Murabbi IKRAM-MUSLEH 2011.
@copyright controlled




Comments

Popular posts from this blog

Oh Bulan !!!

"And made the moon therein a [reflected] light and made the sun a burning lamp?" Nuh [71:16]

Jom raih redho-NYa

Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar".         Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris Tafsiran Abdullah Yusuf Ali Allah will say: "This is a day on which the truthful will profit from their truth: theirs are Gardens, with rivers flowing beneath, their eternal Home: Allah well-pleased with them, and they with Allah. That is the great Salvation, (the fulfilment of all desires).