Skip to main content

untuk renungan kita bersama

untuk renungan kita bersama. Insya ALLAH

PERINTAH BERPUASA
“Hai, orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”. (al-Baqarah:183)
Kalimah “                    “ beasal daripada kalimah “                    “ / TULIS. Merupakan satu perintah bertulis, bukan perintah lisan.  Jadi jika diingkari, maka perlu kepada satu hujjah yang boleh dibenarkan sahaja atau diterima oleh si pemberi arahan tersebut.
Dalam perintah berpuasa, alasan/hujjah untuk tidak berpuasa hanya di benarkan kepada orang yang bermusafir, orang sakit, orang tua yang tidak berkemampuan, perempuan yang keberatan mengandung dan perempuan yang keberatan menyusukan anak. Itupun dengan syarat  wajib digantikan puasa itu bila ada kelapangan dan kekuatan.
Dalam al-Quran ada perintah-perinta lain yang menggunakan kalimah “               “, seperti;-
“Hai, orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qisas berkenaan orang yang dibunuh….” (al-Baqarah: 178)
Jadi bagaimana kesungguhan kita memenuhi perintah-perintah tersebut???
Perkara ke dua, siapa yang di maksudkan orang-orang yang bertaqwa?.
“… mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.”

CIRI-CIRI ORANG YANG BERTAQWA.
  1. Nilai kebajikan dalam diri mereka ialah mengikut ketetapan daripada Allah s.w.t.
  2. Beriman dengan rukun-rukun iman.
  3. Mengimfakkan harta mereka ke jalan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t.;-
  4. Mendirikan solat dan mengeluarkan zakat.
  5. Menepati janji apabila berjanji.
  6. Bersabar dalam kesempitan memperjuangkan agama Allah s.w.t.
  7. Orang-orang yang benar imannya.

Perkara ke tiga, apa untungnya taqwa kepada kita?
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam syuga dan kenikmatan”. (At-Tuur: 17)
  1. Terpelihara daripada azab api neraka Allah.
  2. Memperolehi kelazatan makanan dan minuman.
  3. Ditemani bidadari yang puteh melepak dan luas cantik matanya.
  4. Bersama-sama anak cucu dan kaum keluarga yang beriman.
  5. Diberikan minuman arak yang tidak memabukan.
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa akan ditempatkan di tempat tingla yang aman sentosa” (ad-Dhukhan: 51)
  1. Taman syurga yang mempunyai pancutan air mata air.
  2. Berpakaian hdaripada sutera yang halus lagi bersulam.
  3. Sentiasa didampingi bidadari yang puteh melepak dan luas cantil matanya.
  4. Bebas menikmati kelazatan buah-buahan yang diingini.
  5. Tidak merasai kematian dan dibebaskan dari azab neraka Allah.

4 SUNNAH RAMADHAN YANG MAMPU DITERUSKAN.
  1. Solat berjamaah.
  2. Solat sunat selepas Solat fardhu Isya’.
  3. Bacaan Quran.
  4. Bersedekah.

PERINGATAN PENTING.
Ingatlah saudaraku, akan datang Syawal sebagai tanda kemenangan kita berpuasa. Dalam keghairan kita meraikan kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan, kehadiran 1 Syawal adalah kelangsungan ibadah kita di sisi Allah s.w.t.  Janganlah ibadah itu dicemari dengan merungkai ikatan kehambaan kita sebagai manusia kerdil kepada al-Khaliq yang menentukan peraturan dalam perjalanan kehidupan duniawi bagi mencapai kebahagian hakiki di akhirat nanti.
  1. Jagai kefarduan ibadah khususi.
  2. Batasi pergaulan (lelaki/perempuan) dengan peraturan syariat.
  3. Bersopan dengan pakaian yang menutupi aurat.

SEMOGA PUASA KALI INI LEBIH BAIK DARIPADA PUASA-PUASA YANG LALU.AMIIN.

Comments

Popular posts from this blog

Oh Bulan !!!

"And made the moon therein a [reflected] light and made the sun a burning lamp?" Nuh [71:16]

Benarlah kata-kata ini....Penantian Satu Penyeksaan