Skip to main content

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN SPPM~

Minggu ni bermula 5 hingga 8 Julai 2010, sramai 39 orang murid tahun 6 menjalani peperiksaan SPPM atau lebih tepat lagi Shahadah Pentaksiran Pelajar MUSLEH. Peperiksaan ini dijalankan serentak di seluruh negara di sekolah-sekolah rangkaian MUSLEH. Macam kita jgak masa kecik2...or sekolah rendah, bila time exam mmg semua nampak relax je. :-) Yelah bdk2 ne bukan memikirkan sgt benda2 gini . Pengawas peperiksaan didatangkan khas dari Sek Rendah Al Hidayah Ipoh....mlmh Naimah dan Mlmh Zana....sori Zana, i tak ingat nama penuh u. hehe.Manakala dua org muallim dari sek ne bertugas di Hidayah Ipoh.
Peperiksaan ini merupakan kemuncak daripada proses pendidikan yang mereka lalui sejak dari thn 1 hinggalah kini. Antara konstruk ilmu yang dinilai ialah Tajwid, Hafazan, Tilawah, Bahasa Arab Pemahaman dan Penulisan, Seerah , Akhlak, Fiqh, Aqidah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah MUSLEH. Pihak sekolah, dan guru2 khasnya mendoakan agar kalian boleh menjawab soalan dengan tenang dan berikan yang terbaik. Insya ALLAH. Mudah-mudahan segala usaha-usaha yang dijalankan oleh guru-guru dan murid-murid sendiri selama ini akan membuahkan hasilnya pada November nnti. Amin~

Comments

Popular posts from this blog

Bermula lembaran baru ;)

Ahlan wasahlan kepada semua warga SRAF....semoga dirahmati Allah SWT sentiada

Oh Bulan #2

Firman Allah: لا الشمس ينبغي لها أن تدرك القمر ولا اليل سابق النهار وكل في فلك يسبحون (Surah Yassin: 40) 40.  It is not for the sun to overtake the moon, nor does the night outstrip the day. They all float, each in an orbit.

All I need is ALLAH

“Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.” (QS: al Ikhlas [112: 1-2) Bergantungan selain daripada ALLAH boleh menjadikan kita syirik kepadaNYA.