Skip to main content

Khemah Ibadat Kali Kedua

Program ni adalah sebahagian daripada xtvt yang direncanakan oleh Jabatan HEM sekolah...Pada program yang pertama objektif lebih berfokus kepada akhlak manakala pada khemah Ibadat kali ini aqidah menjadi objektif program...xtvt yang dirancang banyak menekankan bagaimana manusia harus yakin dengan kekuasaan ALLAH dan pergantungan manusia kepada-NYA serta jangan sekali-kali mungkar perintah ALLAH. Seawal program, para peserta mendengar tazkeerah yang disampaikan oleh Muallim Abdullah, penceramah yang dijemputan khas. Dalam tazkeerahnya, beliau banyak menyentuh tentang perkara2 mungkar yang sering dan pernah dilakukan oleh para peserta seperti menipu, melawan cakap guru dsb. Selepas itu setiap kumpulan akan berbincang pula dengan fasi mereka tentang tazkeerah tersebut dan bagaimana untuk mengubah diri mereka supaya tidak meneruskan lagi kemungkaran2 tersebut.......Pada sebelah malamnyer pula diadakan satu tayangan video tentang bencana2 alam yang berlaku di seluruh dunia seperti tsunami, gempa bumi, banjir besar, puting beliung dll dan kaitannya dengan sikap manusia yang dewasa ini sering kali lalai dan melanggar perintah dan suruhanALLAH S.W.T...dari pemerhatian yang dibuat para peserta kelihatan gerun dan takut melihat kejadian2 alam tersebut. Mudah-mudahan menimbulkan keinsafan kepada mereka dan bertekad untuk menjadi hamba ALLAH yang taat dan patuh dengan suruhanNYA. Usai menonton video, para peserta dihidangkan pula dengan Diskusi Ilmu yang dikendalikan oleh Muallim Abdullah bersama dua orang tetamu Ustaz Kamaruzaman dan Ustaz Mohd Amin...Dikusi Ilmu banyak membicarakan tentang bagaimana, mengapa dan apa sbb berlakunya bencana2 alam itu...adakah satu fenomena semulajadi ataupun bala dari ALLAH. Skop perbincangan sangat menarik dan mudah difahami oleh para peserta yang terdiri daripada murid berumur 10 hingga 12 tahun. Moderator menggunakan bahasa yang sangat mudah dan tetamu jemputan juga dapat memberi penjelasan yang begitu baik sekali. :-)......Program berakhir pada hari Sabtu keesokkan harinya jam 8.00 pagi dengan Solat Sunat Dhuha. Mudah-mudahan program seperti ini dapat diteruskan lagi dimasa2 akan datang dengan pengisian2 yang lebih baik dan mantap lagi. Insya ALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

Oh Bulan !!!

"And made the moon therein a [reflected] light and made the sun a burning lamp?" Nuh [71:16]

Benarlah kata-kata ini....Penantian Satu Penyeksaan