Skip to main content

Aduh sakitnyer kepala...

Assalamualaikum w.b.t
Minggu baru dan hari baru menjelma lagi...last friday dan saturday dok terperap jer kat umah. Demam menyerang...sakit kepala dan pening2 lalat tapi demam biasa jer. Yang tak tahan tu asal demam jer..semua org akan tanya...mengandung ker? ada apa2 ker? takde lah perkara yang difikirkan...walaupun nak jga mengandung lagi..hehehe..Kebetulan adik yang dok di Gombak pun balik kampung sbb dah seminggu kena demam chikuninya ( ish...xingat ejaannyer )...nampaknya adik beradik semua demam...kata dek kawan anak sedara...ikatan kami ni kuat...klu sorg sakit dua2 sakit..entah lah, tak tau nak komen apa..Lepas kaum adam menunaikan solat jumaat di masjid, anak yg sulung ajak ke klinik..hmm prihatin jgak along pada mak yer! suspen gak, takut penyakit yang merbahaya. Alhamdulillah kat klinik tak ramai yang menunggu so cepatlah sampai giliran aku. selesai pemeriksaan doktor , ambik ubat terus balik umah...makan ubat yang dicadangkan then sambung tidor sebab sakit kepala dan pening....time nak rehat tulah bertubi-tubi panggilan telefon dan sms masuk tapi semuanyer aku tak layan...malas ah.Ada jugak yang dijawab oleh anak-anak tapi dorang tahu nak jawab apa...." Maaf, mak tak sihat !"...Puas tidor bangun solat yang wajib then sambung tido lagi...gitulah rutin sampai pagi Ahad. Kebetulan jiran sebelah rumah adakan majlis perkhwinan anak keduanya...maaflah pakcik makcik tak dapat nak pi menjenguk...walaupun tak hadir ke majlis tu tapi semua lauk pauk anak2 bawak balik umah bagi mak dia makan...hehehe.Kesian diorang kat mak nyer yang kelaparan...Alhamdulillah pagi Ahad, demam pun dah reda. So mulalah xleh duduk je dlm umah...

Comments

Popular posts from this blog

Oh Bulan !!!

"And made the moon therein a [reflected] light and made the sun a burning lamp?" Nuh [71:16]

Benarlah kata-kata ini....Penantian Satu Penyeksaan