untuk renungan kita bersama. Insya ALLAH
PERINTAH BERPUASA
“Hai, orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”. (al-Baqarah:183)


Kalimah “ “ beasal daripada kalimah “ “ / TULIS. Merupakan satu perintah bertulis, bukan perintah lisan. Jadi jika diingkari, maka perlu kepada satu hujjah yang boleh dibenarkan sahaja atau diterima oleh si pemberi arahan tersebut.

Dalam al-Quran ada perintah-perinta lain yang menggunakan kalimah “ “, seperti;-
“Hai, orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qisas berkenaan orang yang dibunuh….” (al-Baqarah: 178)
Jadi bagaimana kesungguhan kita memenuhi perintah-perintah tersebut???
Perkara ke dua, siapa yang di maksudkan orang-orang yang bertaqwa?.
“… mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.”
CIRI-CIRI ORANG YANG BERTAQWA.
- Nilai kebajikan dalam diri mereka ialah mengikut ketetapan daripada Allah s.w.t.
- Beriman dengan rukun-rukun iman.
- Mengimfakkan harta mereka ke jalan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t.;-
- Mendirikan solat dan mengeluarkan zakat.
- Menepati janji apabila berjanji.
- Bersabar dalam kesempitan memperjuangkan agama Allah s.w.t.
- Orang-orang yang benar imannya.
Perkara ke tiga, apa untungnya taqwa kepada kita?
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam syuga dan kenikmatan”. (At-Tuur: 17)
- Terpelihara daripada azab api neraka Allah.
- Memperolehi kelazatan makanan dan minuman.
- Ditemani bidadari yang puteh melepak dan luas cantik matanya.
- Bersama-sama anak cucu dan kaum keluarga yang beriman.
- Diberikan minuman arak yang tidak memabukan.
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa akan ditempatkan di tempat tingla yang aman sentosa” (ad-Dhukhan: 51)
- Taman syurga yang mempunyai pancutan air mata air.
- Berpakaian hdaripada sutera yang halus lagi bersulam.
- Sentiasa didampingi bidadari yang puteh melepak dan luas cantil matanya.
- Bebas menikmati kelazatan buah-buahan yang diingini.
- Tidak merasai kematian dan dibebaskan dari azab neraka Allah.
4 SUNNAH RAMADHAN YANG MAMPU DITERUSKAN.
- Solat berjamaah.
- Solat sunat selepas Solat fardhu Isya’.
- Bacaan Quran.
- Bersedekah.
PERINGATAN PENTING.
Ingatlah saudaraku, akan datang Syawal sebagai tanda kemenangan kita berpuasa. Dalam keghairan kita meraikan kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan, kehadiran 1 Syawal adalah kelangsungan ibadah kita di sisi Allah s.w.t. Janganlah ibadah itu dicemari dengan merungkai ikatan kehambaan kita sebagai manusia kerdil kepada al-Khaliq yang menentukan peraturan dalam perjalanan kehidupan duniawi bagi mencapai kebahagian hakiki di akhirat nanti.
- Jagai kefarduan ibadah khususi.
- Batasi pergaulan (lelaki/perempuan) dengan peraturan syariat.
- Bersopan dengan pakaian yang menutupi aurat.
SEMOGA PUASA KALI INI LEBIH BAIK DARIPADA PUASA-PUASA YANG LALU.AMIIN.
Comments
Post a Comment