Skip to main content

Lailatul Qadar

Keterangan-keterangan Al-Quran mengenai lailatul Qadar.

Allah Taala berfirman:
 “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur’an) pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabb mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5)

“Sesungguhnya Kami menurunkan pada suatu malam yang diberkahi.”                      (Ad-Dukhan: 3)

Dan malam yang mana Al-Quran ditukan padanya berada di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah Ta'ala:
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an.”                    (Al-Baqarah: 185)

Ibnu Abbas (radhiya ‘Llahu ‘anhu) berkata: “Allah menurunkan Al-Qur'anul Karim keseluruhannya secara sekaligus dari Lauh Mahfuzdh ke Baitul Izzah (langit pertama) pada malam Lailatul Qadar. Kemudan diturunkan secara berangsur-angsur kepada Rasulu ‘Llah (salla ‘Llahu ‘alayhi wa sallam) sesuai dengan konteks berbagai peristiwa selama 23 tahun.”
Malam itu dinamakan Lailatul Qadar kerana nilai keutamaannya di sisi Allah Ta'ala. Juga, kerana pada saat itu ditentukan ajal, rezki, dan lainnya selama satu tahun, sebagaimana Firman Allah:
 “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.”                             (Ad-Dukhan: 4)

Kemudian, Allah Ta’ala berfirman mengagungkan kedudukan Lailatul Qadar yang telah dikhususkan-Nya untuk menurunkan Al-Qur'anul Karim:
“Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?.
Selanjutnya Allah Ta’ala menjelaskan nilai keutamaan Lailatul Qadar dengan firman-Nya:
“Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.”

Maksudnya, beribadah di malam itu dengan melakukan kebajikan dan ketaatan seperti solat, membaca, zikir dan do’a, bersedekah, menasihat dan seumpamnya sama dengan beribadah selama seribu bulan, pada bulan-bulan yang di dalamnya tidak ada Lailatul Qadar. Dan seribu bulan sama dengan 83 tahun 4 bulan.
Seterusnya  Allah Ta’ala menjelaskan pula keutamaannya yang lain, iaitu kerberkahannya yang melimpah dengan banyaknya malaikat yang turun di malam itu, termasuk Jibril Alaihis salam. Mereka turun dengan membawa semua perkara, kebaikan maupun keburukan yang merupakan ketentuan dan takdir Allah Ta’ala. Mereka turun dengan perintah dari Allah Ta’ala. Selanjutnya, Allah Ta’ala menambahkan keutamaan malam tersebut dengan firman-Nya:
“Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.”

Maksudnya, malam itu adalah malam keselamatan dan kebaikan seluruhnya, tak sedikitpun ada keburukkan di dalamnya, sampai terbit fajar. Di malam itu, para malalikat–termasuk malaikat Jibril- mengucapkan salam kepada orang-orang beriman.
Dalam sebuah hadith sohih Rasulu ‘Llah (salla ‘Llahu ‘alayhi wa sallam)  menyebutkan keutamaan melakukan qiyamul lail di malam tersebut. Beliau bersabda:

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ القَدْرِ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa melakukan solat malam pada saat Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”  
                         (Hadits Muttafaq alaih).
Berhg bilakah waktunya, Rasulullah (salla ‘Llahu ‘alayhi wa sallam)  bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ فِيْ الوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ


“Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”    (Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Yang dimaksud dengan malam-malam ganjil iaitu malam dua puluh satu, dua puluh tiga, dua puluh lima, dua puluh tujuh, dan malam dua puluh sembilan.
Adapun qiyamul lail di dalamnya iaitu menghidupkan malam tersebut dengan tahajjud, solat, membaca Al-Qur'anul Karim, zikir, doa, istighfar dan taubat kepada Allah Ta'ala.
Aisyah (radhiya ‘Llahu ‘anha) berkata, aku bertanya: “wahai Rasulu ‘Llah, apa pendapatmu jika aku mengetahui Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di dalamnya?” beliau menjawab: katakanlah:
(( اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّيْ ))

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai pengampunan maka ampunilah aku.”  (Riwayat Imam At-Tirmizi)

Comments

Popular posts from this blog

Jumaat 15 Januari 2011

Salam Jumaat..penghulu segala hari...2day mc sbb having cold sejak 2 hari lepas...tkde apa nk story..org ber'blog' aku pun gatai2 nk ber'blog' jgk....lastly xberkesempatan nk update story or share anything interesting dek kesibukan dgn tugas2 dan tanggungjawab yang amat besar di rumah, sekolah , masyarakat....tk termasuk amanah sebagai student IPTA secara e-pjj. Bukan sapa-sapa paksa atau suruh dgn keadaan yang berlaku pada dri aku hari ini semuanya atas kerelaan dan demi tanggungjawab sebagai hamba Allah....:)) I'm happy with my life....jangan banyak komplen yea...sbb setiap sesuatu yang dihadapkan kepada kita semuanya telah ditentukan oleh Allah...tinggal kita belajar dan berusaha untuk menguruskannya dengan bijak sekali....Insha Allah semuanya berada dalam landasan yang betul dan mudah-mudahan diredhai Allah :)) so...jangan pening-peninga yea!!! Banyak lagi tugasan yang menanti di depanku....Yang paling utama kita mesti bijak mengagihkan masa dan memberikan komit...

WE NEED PROOF ON THIS FUND TRANSFER MADE IN YOUR FAVOR

BOLEH PERCAYA KA??? Anti-Terrorist and Monetary Crimes Division FBI headquarters in Washington, D.C. Federal bureau of investigation J. Edgar Hoover building 935 Pennsylvania Avenue, NW Washington, D.C. 20535-0001 Ref: FBI/DC/25/10 Attention: Fund Beneficiary, This is an official advice from the FBI foreign remittance/telegraphic dept. it has come to our notice that bank of Nigeria has released 10,500,000.00 U.S dollars into bank of America in your name as the beneficiary, by Inheritance means. The bank of Nigeria knowing fully well that they do not have enough facilities to effect this payment from the united kingdom to youraccount, used what we know as a “secret diplomatic transit payment” (S.T.D.P) to pay this fund through wire transfer, they used this means to complete the payment. They are still waiting for confirmation from you on the already transferred funds, which were made in direct transfer so that they can do final crediting to your account. Secret diplomatic payments ar...

Antara Tanggungjawab, Komitmen, Cita-cita & Impian???

Setiap hamba ALLAH di muka bumi ni telah diamanahkan oleh ALLAH dengan berbagai tanggungjawab...si anak dgn tanggungjawabnya..begitu juga dengan bapa..ibu..suami dan isteri....setiap tanggunjawab itu perlu dilakukan dengan penuh komitmen supaya tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Tanggungjawab yang paling utama dan sbb utama penciptaan  Adam A.S adalah untuk dijadikan khalifah di atas muka bumi ni...setelah ditanya pada makhluk-makhluk ALLAH yang lain...semuanya tak bersanggupan. Tugas asas khlaifah di muka bumi ni adalah untuk mentadbir dan memakmurkan bumi ALLAH ni agar hamba-NYA tunduk dan patuh hanya kepada-NYA...dan tanggungjawab tanpa komitmen yg tinggi hanya ibarat melakukan kerja sekadar melepaskan batuk di tangga...tidak bersungguh-sungguh dan tak peduli atau hairan dengan hasilnyer....bagus ke? elok ke? tercapai ke?...yang penting...aku dah buat kerja aku...apa nk jadi lepas tu jadilah.....atau lebih kasar lagi..lantaklah apa nk jadi pun...