Skip to main content

Renungkan sejenak

AKHIRAT JUA YANG ABADI
"
Hidup di dunia adalah tumpangan sementara waktu  saja. Lepas itu kita akan menginap di satu tempat yang kekal di akhirat iaitu syurga atau neraka.  
Di dunia, kita ditugaskan mencari seberapa banyak bekal untuk dibawa ke akhirat. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan di dunia sementara dan bersifat palsu. Begitu juga dengan kesusahan di dunia -  sementara dan palsu.  
Perlulah kita fahami bahawa kesenangan di dunia bukan betul-betul senang kerana kemungkinan sekali ia menjadi bala, sementara kesusahannya pula mungkin menjadi satu rahmat dan kenikmatan pula. Dunia adalah tempat kita ditipu dan menipukan.
Akhirat sahaja tempat yang kekal di mana kesenangannya adalah mutlak 100% dan kesusahannya juga 100%.  Menyedari hakikat ini, perlulah kita menyediakan perbekalan untuk satu perjalanan yang sangat jauh. Kekurangan bekalan akan amat menyulitkan perjalanan kita.  
Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering lupa akan matlamat kehidupan kita yang sebenarnya. Lantaran itu Allah seringkali memberi peringatan (notis) supaya kita tidak lupa akan matlamat penghijrahan kita ke alam Baqa'. Notis demi notis dikenakan ke atas diri kita, tetapi kita tidak faham-faham atau tidak erti bahasa dan gembira malah semakin besar tawanya. Kalau TEN memberi notis pemotongan elektrik, kita menjadi kelam-kabut, tetapi bila Allah menghantar notis, kita buat acuh-tak-acuh saja. 
Nabi Musa pernah memberitahu Malaikat supaya segera memberitaunya sebelum mencabut nyawanya. Tetapi tatkala akan diambil nyawanya, Nabi Musa bertanya kenapa Malaikat itu tidak memberitaunya lebih awal. Malaikat segera menjawab, Allah telah banyak kali menghantar peringatan demi peringatan. 
Di antara peringatan (notis) yang dihantar oleh Allah ialah semasa pertukaran rambut hitam menjadi putih, gigi menjadi rongak, mata bertambah kabur, pendengaran bertambah kurang, badan segar menjadi layu, kuat menjadi lemah, muda menjadi tua, kulit semakin kendur dan sebagainya. 

Ada 3 kategori manusia dalam menghadapi kematian: 
Pertama : Bila teringat akan mati, terasa lapang hatinya. Hatinya menjadi suka. Kelompok manusia dalam kategori ini ialah mereka yang benar-benar berilmu dan telah penuh keimanannya terhadap Allah dan hari akhirat. Mereka telah mencapai makrifat terhadap Allah. Ini ialah maqam tertinggi yang dimiliki oleh para wali. 

Kedua: Apabila teringat mati, hatinya menjadi takut, kecut dan gementar. Mereka ialah orang-orang kafir yang tidak sanggup berjumpa dengan Allah. Mereka seumpama binatang-binatang liar kepunyaan seseorang. Apabila tuannya hendak mengambilnya, dia cuba melarikan diri tetapi dapat ditangkap secara paksaan. Kematian mereka amat menghinakan. 
Ketiga: Golongan ini merasa dukacita dan takut terhadap kematian. Tetapi apabila telah mengalami mati, dia berasa sukacita. Malahan jika diberi pilihan, mereka tidak akan mahu kembali ke dunia semula. Mereka telah dapat mengecapi dan menikmati alam yang lebih kekal dan lebih baik daripada alam fana yang penuh dengan kesusahan dan kesengsaraan. Golongan ini ibarat seorang bayi yang baru lahir dari perut ibunya. Semasa akan keluar, bayi akan menangis kerana menyangka hidup di dalam perut ibunya lebih baik dan nyaman daripada alam dunia. Tetapi apabila telah lahir di dunia ini, dia tidak akan mahu kembali ke dalam perut ibunya meskipun diberi pilihan. Manusia yang termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang beriman yang belum mencapai taraf tinggi atau orang mukmin biasa. 

Marilah kita berlumba-lumba mencari bekalan untuk akhirat. Janganlah kita asyik berlumba-lumba mencari bekalan dunia sehingga terlupa pertemuan kita dengan Allah. Kematian hanya penghijrahan atau perpindahan alam; berpindah dari negeri binasa ke negeri yang kekal abadi. Allah telah menghantar banyak notis kepada kita dan jadikanlah ia sebagai cemeti untuk menyedarkan diri tentang kematian yang sudah tentu akan menemui kita.  Wallahu 'Alam. 
 

Comments

Popular posts from this blog

Jumaat 15 Januari 2011

Salam Jumaat..penghulu segala hari...2day mc sbb having cold sejak 2 hari lepas...tkde apa nk story..org ber'blog' aku pun gatai2 nk ber'blog' jgk....lastly xberkesempatan nk update story or share anything interesting dek kesibukan dgn tugas2 dan tanggungjawab yang amat besar di rumah, sekolah , masyarakat....tk termasuk amanah sebagai student IPTA secara e-pjj. Bukan sapa-sapa paksa atau suruh dgn keadaan yang berlaku pada dri aku hari ini semuanya atas kerelaan dan demi tanggungjawab sebagai hamba Allah....:)) I'm happy with my life....jangan banyak komplen yea...sbb setiap sesuatu yang dihadapkan kepada kita semuanya telah ditentukan oleh Allah...tinggal kita belajar dan berusaha untuk menguruskannya dengan bijak sekali....Insha Allah semuanya berada dalam landasan yang betul dan mudah-mudahan diredhai Allah :)) so...jangan pening-peninga yea!!! Banyak lagi tugasan yang menanti di depanku....Yang paling utama kita mesti bijak mengagihkan masa dan memberikan komit...

WE NEED PROOF ON THIS FUND TRANSFER MADE IN YOUR FAVOR

BOLEH PERCAYA KA??? Anti-Terrorist and Monetary Crimes Division FBI headquarters in Washington, D.C. Federal bureau of investigation J. Edgar Hoover building 935 Pennsylvania Avenue, NW Washington, D.C. 20535-0001 Ref: FBI/DC/25/10 Attention: Fund Beneficiary, This is an official advice from the FBI foreign remittance/telegraphic dept. it has come to our notice that bank of Nigeria has released 10,500,000.00 U.S dollars into bank of America in your name as the beneficiary, by Inheritance means. The bank of Nigeria knowing fully well that they do not have enough facilities to effect this payment from the united kingdom to youraccount, used what we know as a “secret diplomatic transit payment” (S.T.D.P) to pay this fund through wire transfer, they used this means to complete the payment. They are still waiting for confirmation from you on the already transferred funds, which were made in direct transfer so that they can do final crediting to your account. Secret diplomatic payments ar...

Antara Tanggungjawab, Komitmen, Cita-cita & Impian???

Setiap hamba ALLAH di muka bumi ni telah diamanahkan oleh ALLAH dengan berbagai tanggungjawab...si anak dgn tanggungjawabnya..begitu juga dengan bapa..ibu..suami dan isteri....setiap tanggunjawab itu perlu dilakukan dengan penuh komitmen supaya tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Tanggungjawab yang paling utama dan sbb utama penciptaan  Adam A.S adalah untuk dijadikan khalifah di atas muka bumi ni...setelah ditanya pada makhluk-makhluk ALLAH yang lain...semuanya tak bersanggupan. Tugas asas khlaifah di muka bumi ni adalah untuk mentadbir dan memakmurkan bumi ALLAH ni agar hamba-NYA tunduk dan patuh hanya kepada-NYA...dan tanggungjawab tanpa komitmen yg tinggi hanya ibarat melakukan kerja sekadar melepaskan batuk di tangga...tidak bersungguh-sungguh dan tak peduli atau hairan dengan hasilnyer....bagus ke? elok ke? tercapai ke?...yang penting...aku dah buat kerja aku...apa nk jadi lepas tu jadilah.....atau lebih kasar lagi..lantaklah apa nk jadi pun...